Sherrie & her untold story.

& Saturday, August 14, 2010

Buka ape
Pagi ni sahur terlepas, baru smalam aku dah warning anak anak aku no excuse besok pagi ni kene sahur pasal besok tak skolah. Tapi aku sendiri yang terlepas, bukan aku aje assistant aku, mak aku ler pun terlepas jugak..dah gi lah subuh skali..adui..
Today pagi pagi lagi mak aku dah kejut kan bangun utk ke pasar. Dia kata tekak macam nak makan laksa johor. sedapppp tu. Tu memang favouret aku nor..

So aku jadi lah tarzan jap, since aku dah kene kejut, aku pun taijie lah kejut anak anak aku bangun, yg tua kene ikut gi pasar, yelah tugas dia kan untuk menolak kereta sorong tu. Anak no. 2 kat umah, dia kene lah kemas rumah vacuum, jemur baju, dll.

Aku kene ikut, pasal aku ni bank bergerak kan. Hmm banyak jugak barang dapur yang dapat aku beli, yelah ni hopefully cukup lah sampai 2 minggu kot insyaallah. Puasa ni pun nak kene jimat kan.

Baru tadi aku lihat mak aku kat dapur,sedang kopek ikan kembung untuk laksa, then aku tengok ada satu jenis ikan lagi, hmm ikan tongkol, dia kata dia nak masak pecel. Tentu sedap... Mak kau ni memang handal kalau pasal masak memasak ni. Ni membuat aku pun pandai makan.hahaha

So today's menu : Laksa Johor, Tongkol masak Pecel, Kueh Ee (kueh cina), Wadeh (buat sendiri ah ) and Bubur Terigu.

Wadeh pun baru nak try, tu pun pasal dah salah beli. Sememang nye nak beli Terigu tapi tersalah beli Dhall. Now bila aku rendam, rupa rupa nye its dhall OMG hehe. so mak aku cadangkan simpan dlm fridge bila senang bole lah kita buat wadeh udang. So now ingat since aku cuti, bole lah aku try try buat. So you all kat luar tu..doa kan lah eh menjadi my wadeh k.

posted by your fashion icon ;
at 12:40 PM

0comments.

Air Dalam Besi , Api Dalam Kaca

Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca

Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia. Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa. Demikian adanya.Rahsia Menangkap IkanAda seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."


posted by your fashion icon ;
at 11:49 AM

0comments.

& Thursday, August 12, 2010

Izin Kentut
Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”

posted by your fashion icon ;
at 12:23 PM

0comments.

& Saturday, August 07, 2010

What a fuck up life. Hate it. Don't ask me but its jut so annoyingly terribly wrong.
I'm so fucked up.
I hope this coming Ramadhan will bring me peace and quiet and hope. I feel that everyone surrounding me expects something from me.
Please I'm a fucking human for goodness sake, treat me with respect. You want something that I can't give yet.
God oh God please hear me, please help me, give me peace..and tranquility. Take away all these nonsense and hardship and forgive me for my past sins. I need you, I need your love and protection.

Amin..


posted by your fashion icon ;
at 10:35 PM

0comments.

Disclaimer.

Profile

sherriberrie
sweet.loving
kind
mother to 4
sexy momma
Exits

bitha
liyana
shilly-silly
rudy
Speak Out




Archives
October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 June 2007 July 2007 September 2007 December 2007 April 2009 September 2009 February 2010 March 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 November 2010 March 2011 June 2011 July 2011 May 2012 September 2018
Credits.

Sherrie