Hari ini, aku sudah tau aku akan mendapat nasi bungkus per. Dia sudah pun memberitau ku smalam yang dia akan membuat penghantaran percuma. Dan aku, seperti biasa, mesti lah merasa malu, takkan nak terima seh. malu lah aku wanita terakhir melayu..so kene lah sikap pemalu, menolak pada mula nye. "ah, tak per lah nanti menyusah kan you aje." tapi dia kata its ok, on the way dia kata. Ok lah since dia dah cakap cam tu kan, dan aku pun belom pernah merasa nasi bungkus dari Pariaman. So aku akhir nye pun menyerah kalah. hehe. Aku cakap ok lah, kalau itu yang dia mahu. Time pun dah sampai, dia talipon, suruh aku turun, untuk mengambil bungkusan itu. Wah bau nye sungguh nyaman donk, panas panas lagi. Sejam lebih aku tak dapat concentrate, teringat kan nasi bungkus tu. Tepat jam 12.30, aku pun sudah bersedia di bilik meeting menunggu yang lain. Kami selalu makan bersama, cabut uban bersama, mengumpat bersama..oops...chop chop bukan mengumpat, salah..kita nasihat menasihati...ah tu yang betol nye.
So kazam alakazam, dah sampai pun waktu untuk menjamah, waduh waduh, ada lauk ayam lemak, rendang daging, bergedil, telor goreng, ada satu lagi, tapi aku dah lupa. Aku dan Norlin lah yang start dulu, hmm..sedap, eh terima kasih lah Rezza yek kerana sudi menghantar nasi pada saya. Alhamdulillah, dapat lah saya menjamu selera hari ini. Dah jelak dengan makanan kat kantin, so sekali sekala makan nasi dari kedai fofular memang sedap kan.
(so sesiapa yg sudi, ahem saya memang bersikap terbuka dalam hal ini. Saya terima undangan dari mana mana pihak yang ingin kan companion untuk makan petang).
hahaha..jangan marah , hanya gurauan saja. But really thanks eh Rezza..you're so sweet and kind to do the thing you did today. Im so touched.
posted by your fashion icon ; at 4:50 PM
Sudah berkali kali dia menyepak aku dengan kata kata yang cukup menghiris. Kalau tak pasal aku, pasal anak anak aku, malah dengan ibu ku juga. Kami tau hidup kami ni tak seberapa, maklum lah aku ni ibu tunggal, bekerja sorang, anak anak mengharap kan aku seorang. Ibu ku sudah tua, dah tak bekerja, hanya duduk di rumah menjaga anak anak aku, dan menjaga rumah tangga semasa aku keluar bekerja. Rumah yang aku tinggal bukan rumah aku sendiri, ini ada rumah sewa. Orang punya rumah ini sudah berumah tangga, dan mempunya isteri yg sakit. Mereka tidah duduk serumah, isteri yang sakit di tinggal kan di kampung halaman di Johor dan di jaga oleh keluarga sendiri. Kerana rumah ini kosong, tiada benda dan yang empunya tiada sesiapa yang bole tolong jaga rumah, jadi timbul lah keinginan nya untuk menjemput ku dan anak anak untuk tinggal bersama. Alasan nye dia sudah lama hidup membujang, walaupun sudah ada isteri, tetapi isteri tu sakit (berkerosi roda). Jadi kalau aku dan keluarga aku tinggal besama ada lah jugak orang yang menemani dia, ada orang yang bole memasak, membasuh, menjaga rumahtangga. Ada lah suara anak anak riuh. Wah aku dengar ini, aku bersyukur, kerana dalam kesusahan aku tiada berumah, ada manusia yang bermurah hati. Sebelom aku terima undangan nye, aku sudah pikir masak masak, aku ambil masa yang lama jugak. Aku harus pikir pasal budak budak, ape masalah nanti yang akan timbul semua aku sudah bentang kan. Tetapi dia tidak gentar dengan masalah itu kata nye, mereka hanya budak budak. Semua bisa di atur kata nye. Tetapi baru sebulan kita duduk di rumah ini, hati aku sudah tidak tenteram lagi. Hati aku sudah bagai di hiris hiris, ada saja yang tidak kene dengan anak anak ku. Skateboard tidak boleh di sandar kan di dindin nye, harus terus di bawa masok bilik tidur. Bungkusan gula-gula yang terbang jatuh di lantai pun menjadi satu kesalahan besar. Dia menyuruh bercakap dengan anak anak aku supaya tidak menutup pintu bilik dengan kuat, bising kata nye. Pada aku tidak bising, hingga orang sebelah komplen. Kami biasa macam gitu di rumah sendiri, serak sikit memang lah adat, kerana aku ada anak kecil. Ibu ku dah tua, dia tidak bole buat kerja rumah yang berat berat, ibu ku yang sudah 65 tahun itu pun mahu di cari masalah. Begini kata nye, "Ain, itu ibu kamu kan, sudah tua kan, kenapa tak tau menutup pintu bilik dengan perlahan?". Aduh aku bagai di tikam kalbu, orang yang sudah tua, yang patut sudah menjadi ibu nye sendiri kenapa dia bersikap begitu? Dia tiada ibu ke? tiada famili ke? Dulu pada mula nye dia sendiri yang beria ia benar mengundang aku serta anak anak aku tinggal bersama nye, konon ikhlas. Konon dia memang mahu menolong aku meringan kan beban ku. Dia faham kesusahan aku, kerana bekas ku tidak menolong aku. Begini lah kalau hidup tidak bersuami tiada tempat tinggal yang tetap, dan anak anak ku akhirnye menjadi mangsa. Hari hari di sindir sindir, konon nye aku tidak sedar diri, hidup menumpang. Apakah salah ku lagi? Aku sudah buat dia rasa senang dengan kehadiran aku dan anak anak aku, ibu ku masak, cuci baju, aku dan anak anak ku kemas rumah nye yang dahulu nye berserak dan berabuk. Dia dulu dari kurus sudah menjadi gemuk, kerana masakan ibu ku. Namun dia berkata kami yang tidak sedar diri? Ya, aku tahu ini bukan rumah ku, ya aku faham, hidup aku hanya menumpang, tapi aku layan makan minum nye kerana itu sahaja yang aku mampu selain duit dapur dan api air. Ape kah kekurangan nye lagi? Dia tidak puas hanya dengan itu, dia ingin aku mengemas bilik tidur nye, aduh..kenape begini? Dan kerana aku tidak mau, dia kata yang aku pemalas, tidak sedar diri, mula lah dia mengomel pasal anak anak aku yang tidak berdosa tu. Aku sudah cukup sabar, aku sudah cukup mengeluar kan air mata. Tahap kesabaran aku sudah tidak boleh di bendung lagi, jadi aku terpaksa lah mencari jalan keluar. Mungkin dengan kehadiran kami, dia tidak lagi boleh berfoya foya seperti dulu. Mungkin dengan kehadiran aku dan anak anak membuat kan dia menjadi marah, kerana bising. Tetapi dia sendiri yang ingin aku tinggal bersama, dia ikhlas katanya. Tapi kini aku sedar, manis hanya di mulut sahaja, hati lain bicara. Rambut sama hitam, hati lain lain. Kini aku harus separate kan anak anak aku, mungkin separuh duduk dengan kawan baik ku, dan yang lagi separuh duduk bersama bekas ibu mertua ku sehingga lah aku dapat tempat yang lagi sesuai, tiada konkongan dari owner. Ibu ku, hai, maaf kan Ain ibu, dia harus tinggal bersama adik nye buat sementara waktu..insyaallah..kita akan bersatu kembali.. Aku hanya menghitung waktu sehingga rumah yang aku beli siap selesai. Ini memakan waktu yang cukup lama, mungkin dalam 1012. Tetapi aku harus bersifat positif, aku tak mahu masalah aku menjadi beban anak anak aku nanti. Akan aku berusaha sedaya upaya supaya kami bersatu kembali insyaalllah..Ya Allah kasihani lah hamba mu ini...berikan lah kekuatan kepada aku dan anak anak aku untuk menempuh duggaan mu ini...Amin..
posted by your fashion icon ; at 1:59 PM
Wednesday, 30 June 10, my girlfriends, Zaharah and Nolene spent time with me the whole afternoon eating and window shopping in town. We painted the town red! Had a "blastful" time.
We met around noon, first stop went to reserve a place at Royal Plaza on Scotts for the high tea. It boasts the best food especially its bread and butter pudding! and the foods are halal too.
We took pictures, lots of pictures, well you can see in here, everywhere and anywhere - from the mall to the hotel lobby. While waiting for time to come, we took pictures of each other.
I didn't buy anything, couldn't find anything interesting to buy yet..well actually I was looking for a handbag, a casual one, big and stylish. But unfortunately I didn't find one that really tugging my heart yet. I just had to keep on looking, there are lots of places to check out..may be this weekend I can take a look at my neighborhood mall.
I hope that we could get together again soon, hey maybe we can do it again this Friday, will call my other girlfriends to join us, this time will ask Sal and Roy to join us. And its a promise that we gonna have another blastful evening..!! Just wait for my call gals...
posted by your fashion icon ; at 8:57 PM
Hari ni, aku kluar rumah tak terlambat, tapi tak jugak tercepat. Mcm biasa aje lah, bungkus mee yg ibu dah gorengkan buat sarapan. Tak terlambat tapi tak nak makan di rumah pasal tak seronok, ibu tak de untuk teman kan aku bersarapan. Dia pagi pagi lagi dah kluar rumah antar Afil ke skolah.
Shilka masih tido, Bitha pun sama masih rehat di rumah selepas 2 hari semput. Aku ambil cuti urgent semalam kerana nak hantar kan dia ke clinic . So dapat lah dia 2 hari cuti untuk berehat.
Alamak, beg laptop pulak buat hal..berat sgt. Terpaksa lah aku mengangkut bawak ke office, berat berat lah..ape nak buat..kalau tak di bawa mcm mana nak buat keje office nanti. Sudah berhari hari aku tak masok office, asik kat luar aje, 2 hari kat NP, 2 hari kat TP, 2 hari kat NYP..hai bila nak game ni citer?? mesti berlambat keje keje kat atas meja aku..menunggu aku pulang ni.
Today dapat msg dari chatter, haha..dia kata dia terserempak aku kat train dari Woodlands station! Mak oi, apsal tak tegur aku eh..malu kot. Maklum lah kita belom pernah berjumpa face to face..tapi mcm mana dia tau itu aku? Menurut dia, hari hari dia tgk gmbar aku kat dlm tagged.com mana tak kenal pulak. Im so flattered actually dia kenal aku walau pun kita blom pernah berjumpa di luar secara 4 mata. Menurut dia lagi, aku betol berdiri di depan dia di dalam train dan aku tak sedar yang dia hanya memerhati kan aku. Bukan itu saja, dia kata bila kita tukar train, kita masih lagi naik gerabak yg sama, tapi kali ni aku berdiri depan dia, dan dia dapat mencium rambut ku..nasib baik aku dah cuci rambut aku..kerana dia kata wangi rambut ku..aduh..makin seram aku dengar mcm stalker pulak. Kelakar pun ada..sape tau eh dari internet bole terbawak ke dunia realiti. Dia lah manusia yg ketiga mengenal aku secara berdepan. Pertama kali , di club China Bar, kedua, di Vista Point dan yg ini ke tiga lah..hmm..kira rupa ku di dlm gmbr tak jauh beza dari org yg sebenar nye. Hai Suhaimie, kalau lain kali terjumpa saya jangan lah segan segan, tolong kenal kan diri an
da ye, kita ni dah kira berjiran. Sama sama tinggal di Woodlands..so bila kita ada masa, bole lah kita balik sama sama naik train k, ada jugak org teman kan saya pulang, bercerita sepanjang jalan.
Well aku harap kita dpt bersua lagi di lain masa, so aku dpt lah tgk rupa dia, aku tak perasan pasal mungkin dia mirip lelaki tionghua.
Ni lah sebahagian kata kata dia...melucu kan..
"Mie enjoy berdiri depan u lah, admiring your beauty..tapi apsal dada u putih dari muka you eh??" hahaha...lucu lucu..entah eh..maybe pasal aku slalu pakai baju tak ..so badan putih lah..muka tak pakai baju, so kene panas matahari, so gelap lah sikit cik abang oi...
Last but not least, dia sempat cakap dia happy dpt terserempak aku pagi tadi..likewise lah old guy..likewise..me too..hope we can "terserempak" lagi but kali ni, tak leh lari..kene tegur me k.. pada yg kat luar tu, jgn lah segan tegur lah i k....i tak makan org...i cuma cium aje..ahahhaa...