Sherrie & her untold story.

& Sunday, July 18, 2010

Ku sadar diri ku ini
Sudah berkali kali dia menyepak aku dengan kata kata yang cukup menghiris. Kalau tak pasal aku, pasal anak anak aku, malah dengan ibu ku juga. Kami tau hidup kami ni tak seberapa, maklum lah aku ni ibu tunggal, bekerja sorang, anak anak mengharap kan aku seorang. Ibu ku sudah tua, dah tak bekerja, hanya duduk di rumah menjaga anak anak aku, dan menjaga rumah tangga semasa aku keluar bekerja.
Rumah yang aku tinggal bukan rumah aku sendiri, ini ada rumah sewa. Orang punya rumah ini sudah berumah tangga, dan mempunya isteri yg sakit. Mereka tidah duduk serumah, isteri yang sakit di tinggal kan di kampung halaman di Johor dan di jaga oleh keluarga sendiri.
Kerana rumah ini kosong, tiada benda dan yang empunya tiada sesiapa yang bole tolong jaga rumah, jadi timbul lah keinginan nya untuk menjemput ku dan anak anak untuk tinggal bersama. Alasan nye dia sudah lama hidup membujang, walaupun sudah ada isteri, tetapi isteri tu sakit (berkerosi roda). Jadi kalau aku dan keluarga aku tinggal besama ada lah jugak orang yang menemani dia, ada orang yang bole memasak, membasuh, menjaga rumahtangga. Ada lah suara anak anak riuh. Wah aku dengar ini, aku bersyukur, kerana dalam kesusahan aku tiada berumah, ada manusia yang bermurah hati. Sebelom aku terima undangan nye, aku sudah pikir masak masak, aku ambil masa yang lama jugak. Aku harus pikir pasal budak budak, ape masalah nanti yang akan timbul semua aku sudah bentang kan. Tetapi dia tidak gentar dengan masalah itu kata nye, mereka hanya budak budak. Semua bisa di atur kata nye. Tetapi baru sebulan kita duduk di rumah ini, hati aku sudah tidak tenteram lagi. Hati aku sudah bagai di hiris hiris, ada saja yang tidak kene dengan anak anak ku. Skateboard tidak boleh di sandar kan di dindin nye, harus terus di bawa masok bilik tidur. Bungkusan gula-gula yang terbang jatuh di lantai pun menjadi satu kesalahan besar. Dia menyuruh bercakap dengan anak anak aku supaya tidak menutup pintu bilik dengan kuat, bising kata nye. Pada aku tidak bising, hingga orang sebelah komplen. Kami biasa macam gitu di rumah sendiri, serak sikit memang lah adat, kerana aku ada anak kecil. Ibu ku dah tua, dia tidak bole buat kerja rumah yang berat berat, ibu ku yang sudah 65 tahun itu pun mahu di cari masalah. Begini kata nye, "Ain, itu ibu kamu kan, sudah tua kan, kenapa tak tau menutup pintu bilik dengan perlahan?". Aduh aku bagai di tikam kalbu, orang yang sudah tua, yang patut sudah menjadi ibu nye sendiri kenapa dia bersikap begitu? Dia tiada ibu ke? tiada famili ke? Dulu pada mula nye dia sendiri yang beria ia benar mengundang aku serta anak anak aku tinggal bersama nye, konon ikhlas. Konon dia memang mahu menolong aku meringan kan beban ku. Dia faham kesusahan aku, kerana bekas ku tidak menolong aku.
Begini lah kalau hidup tidak bersuami tiada tempat tinggal yang tetap, dan anak anak ku akhirnye menjadi mangsa. Hari hari di sindir sindir, konon nye aku tidak sedar diri, hidup menumpang. Apakah salah ku lagi? Aku sudah buat dia rasa senang dengan kehadiran aku dan anak anak aku, ibu ku masak, cuci baju, aku dan anak anak ku kemas rumah nye yang dahulu nye berserak dan berabuk. Dia dulu dari kurus sudah menjadi gemuk, kerana masakan ibu ku. Namun dia berkata kami yang tidak sedar diri? Ya, aku tahu ini bukan rumah ku, ya aku faham, hidup aku hanya menumpang, tapi aku layan makan minum nye kerana itu sahaja yang aku mampu selain duit dapur dan api air. Ape kah kekurangan nye lagi? Dia tidak puas hanya dengan itu, dia ingin aku mengemas bilik tidur nye, aduh..kenape begini? Dan kerana aku tidak mau, dia kata yang aku pemalas, tidak sedar diri, mula lah dia mengomel pasal anak anak aku yang tidak berdosa tu. Aku sudah cukup sabar, aku sudah cukup mengeluar kan air mata.
Tahap kesabaran aku sudah tidak boleh di bendung lagi, jadi aku terpaksa lah mencari jalan keluar. Mungkin dengan kehadiran kami, dia tidak lagi boleh berfoya foya seperti dulu. Mungkin dengan kehadiran aku dan anak anak membuat kan dia menjadi marah, kerana bising.
Tetapi dia sendiri yang ingin aku tinggal bersama, dia ikhlas katanya. Tapi kini aku sedar, manis hanya di mulut sahaja, hati lain bicara. Rambut sama hitam, hati lain lain.
Kini aku harus separate kan anak anak aku, mungkin separuh duduk dengan kawan baik ku, dan yang lagi separuh duduk bersama bekas ibu mertua ku sehingga lah aku dapat tempat yang lagi sesuai, tiada konkongan dari owner. Ibu ku, hai, maaf kan Ain ibu, dia harus tinggal bersama adik nye buat sementara waktu..insyaallah..kita akan bersatu kembali..
Aku hanya menghitung waktu sehingga rumah yang aku beli siap selesai. Ini memakan waktu yang cukup lama, mungkin dalam 1012. Tetapi aku harus bersifat positif, aku tak mahu masalah aku menjadi beban anak anak aku nanti. Akan aku berusaha sedaya upaya supaya kami bersatu kembali insyaalllah..Ya Allah kasihani lah hamba mu ini...berikan lah kekuatan kepada aku dan anak anak aku untuk menempuh duggaan mu ini...Amin..

posted by your fashion icon ;
at 1:59 PM

1comments.

Disclaimer.

Profile

sherriberrie
sweet.loving
kind
mother to 4
sexy momma
Exits

bitha
liyana
shilly-silly
rudy
Speak Out




Archives
October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 June 2007 July 2007 September 2007 December 2007 April 2009 September 2009 February 2010 March 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 November 2010 March 2011 June 2011 July 2011 May 2012 September 2018
Credits.

Sherrie