Sherrie & her untold story.

& Sunday, December 31, 2006

Trajedi di malam Aidil Adha..


Pagi ni, masa berlalu dengan begitu pantas, seperti juga hari hari yang lain. Tapi hari ni, aku bermula dgn membungkus buku buku sekolah anak anak aku. Sekolah akan di buka tak lama lagi. Minggu hadapan sahaja, anak ku yang bungsu sudah pun menjangkau 6 tahun. Dia akan mula bersekolah di dalam darjah satu. Hmmm..bayang kan lah..anak yang sekecil itu, pergi ke sekolah, aduh sungguh cute nye. Sudah ku belikan kasut skolah, beg skolah, uniform dan buku buku sekolah nye. Aku jugak sudah mengambil cuti tahunan untuk menghantar anak ku ke sekolah baru nye. Sekolah Cina, Qi Hua, berdekatan dengan rumah ku. Agak agak mengambil masa dalam 10 min kalau berjalan kaki dari rumah ke sekolahnye. Anak ku yang kecil ini ada berlainan sikit, orang nye agak pendiam, tak banyak cakap, selalu masam muka dan pemalu. Dia hanya akan berbual dengan seseorang itu jika dia sudah kenal rapat. Itu yang aku agak risau, tak per lah, lama lama nanti dia akan mesra dengan kawan kawan baru dan jugak guru sekolah. Dia harus belajar bergaul. Aku sentiasa berdoa, semoga dia akan menjadi anak yang berguna, walaupun hidup nye hanya di besar kan oleh seorang ibu tunggal.
Oh yea..mesti kalian baca title ku, trajedi? ape yang trajedi nye. Yup, malam harinye, selepas ibu mertua ku memasak lauk untuk hari raya idil Adha esok, aku pun bergegas lah ke dapur untuk mengemas di sana. Aku rasa lauk pauk tu, cukup tak garam.. tambah kan rempah kerana lauk dalcha cair sedikit..so aku pun jerang dan masok kan rempah..sambil menunggu lauk mendidih, aku pun kemas atas cabinet , supaya senang menyusun nanti periuk periuk itu.
Lauk dalcha sudah pun mendidih, aku mati kan..dan terus ingin aku angkat, periuk nye cukup besar, dan bertangkai, aku pun gunak kan kedua tangan untuk mengangkat periuk, tetapi, nasib ku malang sungguh, semasa periuk tu ku letak kan atas cabinet, periuk nye terbalik sedikit terus memuntah kan kuah dalcha yg panas. Lauk itu terus mencecah kaki ku yang di sebelah kanan. Terkene jari jemari kaki ku. Aduh, sungguh panas, bila dia jatuh kaki ku tak merasa tapi setalah lama sedikit, aku lihat kulit kaki ku sudah terkupas dan isi nye nampak kemerahan. Baru lah aku menjerit, berlari lah seluruh keluarga ku untuk melihat ape yang terjadi. Ibu ku ingat aku terjatuh, tapi alangkah terperanjat nye dia bila dia lihat kuah jatuh, dan aku di bangku sedang mengerang kesakit. Aku rasa badan aku ni sudah bau kari. Baju ku jugak sudah terkene lauk kari. Oh rimas aku. Anak ku Shilka, untung aku mendapat anak seperti dia. Dia memapah aku , mengipas kaki ku dan juga menyapu kan colgate keatas kaki ku yang melecur. Mula nye dia dan Bitha..bergaduh pasal ape yang harus di sapu kan. Colgate atau butter? So Shilka kerana dia yang pertama, dia lah yang buat decision so Colgate lah jawabnye. Oh anak ku yang lelaki, Fahshan pun ingin menolong kerana lihat ibu nye yang kesakitan. Dia pun mengambil airbatu dan di masok kan ke dalam kain, ingin dia menekap ke arah kaki ku yang cedera. Hati ku terharu melihat keletah dia. Anak ku baru 10 tahun, tapi sudah ada perasaan ingin menolong..
Dia pun ada rasa belas terhadap ku...
Aku pun rasa tak tahan dgn kepanasan kakiku , jadi aku , ibuku dan shilka terus ke klinik tapi kebanyakkan klinik tutup kerana hari cuti. Terpaksa lah aku pergi ke klinic yg mana masih di buka. Untung lah pak supir (taxi driver lah) tau di mana. Doctor nye cukup segak, orang India.
Dia lah yang bersihkan dan bubuh obat. Aduh perit nye bila dia bersih kan terasa nyilu pun ada. Selepas itu, dia berkata yang aku harus datang ke situ lagi untuk menukar balutan. Harus bejumpa doctor at least 5 hari. Bagaimana ya? aku ni bekerje... Dia pun tak kasi aku MC. So aku harus ke pejabat pakai selipar? Mahal aku kene charge tadi..$77 aku rasa ini termasok injection skali. Mahal tapi kita hanya bole claim $10 ish..ni lah keje govt.
So besok pagi orang ke masjid, aku ke klinik...ni lah nasib ku yang malang...oops aku terlupa makan obat yang di beri kan oleh doctor, supaya aku dapat tido nanti..
baik lah..ingin aku mengucap kan selamat Aidil Adha kepada kawan kawan sekalian, dan berhati hati bila di dapur, malang tak berbau ... ketiak yang bau..hehe
ok aku pun ada pic kaki ku yang malang ini...




posted by your fashion icon ;
at 1:08 AM

0comments.

Disclaimer.

Profile

sherriberrie
sweet.loving
kind
mother to 4
sexy momma
Exits

bitha
liyana
shilly-silly
rudy
Speak Out




Archives
October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 June 2007 July 2007 September 2007 December 2007 April 2009 September 2009 February 2010 March 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 November 2010 March 2011 June 2011 July 2011 May 2012 September 2018
Credits.

Sherrie